Skip to main content

Kemahiran Insaniah

Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai posifif, kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. KI adalah antara elemen yang dikenalpasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global serta pesat dengan perubahan teknologi. Berikut adalah tujuh (7) elemen utama KI:

 

  1. Kemahiran Berkomunikasi
  2. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
  3. Kemahiran Kerja Berpasukan
  4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
  5. Kemahiran Keusahawanan
  6. Etika dan Moral Profesional
  7. Kemahiran Kepimpinan