Skip to main content
Kebersamaan adalah kunci utama dalam berkumpulan
FUNGSI PERTAHANAN AWAM
  1. Menggubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.
  2. Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan 
    dan logistik yang memadai.
  3. Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya mereka dapat 
    menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada program yang penting bagi 
    Keselamatan diri mereka.
  4. Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan Pertahanan 
    Awam mengikut keadaan semasa.
  5. Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara.
  6. Melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di 
    seluruh Negara
PERANAN PERTAHANAN AWAM
  1. Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
  2. Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.
  3. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221
Authentic Tradition

SERTAI KAMI :)

Our Philosophy