Skip to main content
PENAFIAN

Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat laman web yang tepat dan terkini. Walaubagaimanapun, maklumat yang dicapai melalui laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan Kor Sispa UTHM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Kor SISPA UTHM berhak membuat sebarang pindaan tanpa sebarang notis. 

Sesetengah maklumat adalah daripada pautan dari pihak ketiga dan Kor SISPA UTHM tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang isu berkait dengan pautan-pautan berkenaan. Maklumat bagi tujuan muat turun daripada laman web ini adalah dijamin bebas daripada sebarang virus. Kor SISPA UTHM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan virus yang disebabkan oleh aktiviti muat turun maklumat malalui laman web ini.

DASAR PRIVASI

Laman web ini menggunakan Google Analytics, satu khidmat analitikal web yang disediakan oleh , Inc, ("Google"). Google Analytics menggunakan "cookies", iaitu fail teks yang terletak di komputer anda, untuk membantu pentadbir laman web menganalisa cara pelawat menggunakan laman web ini. Maklumat yang dijana oleh fail "cookies" mengenai penggunaan laman web ini (termasuk alamat IP anda) akan dihantar dan disimpan di pelayan Google di Amerika Syarikat. Google akan menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan menganalisa penggunaan anda terhadap laman web Kor Sispa UTHM, mengumpul laporan bagi pihak pentadbir laman web Kor Sispa UTHM dan menyediakan lain-lain khidmat berkenaan aktiviti laman web serta penggunaan internet. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju terhadap pemprosesan data berkaitan anda oleh Google seperti yang tercatat di atas.

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

DASAR KESELAMATAN

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

NOTIS HAK CIPTA

Semua aspek berkenaan laman web ini termasuk rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan lain-lain adalah hak cipta Kor SISPA UTHM  kecuali dinyatakan sebaliknya. 

Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Kor SISPA UTHM.