SISPA UTHM

Kemahiran yang diperolehi

Kemahiran yang diperolehi

Kesiapsiagaan Awam

By Norza

Pengetahuan Asas Pertahanan Awam, Asas Pertolongan Cemas, Asas Melawan Kebakaran, Asas Menyelamat, Kenegaraan, Etika/Moral, Arahan Keselamatan.......SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM....UTHM....

More...
VISI SISPA UTHM

VISI SISPA UTHM

…Gelombang Biru.....

By Norza

Menerajui badan kesukarelawanan dalam pengurusan bencana

More...
SEJARAH APM

SEJARAH APM

Uncategorised

Tagline

By Norza

Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah…

More...
SISPA UTHM 2010- KINI

SISPA UTHM 2010- KINI

Tagline

By Norza

Satu arahan, Satu Tindakan.....SISPA UTHM

More...
Berdisplin melalui Kawad Kaki

Berdisplin melalui Kawad Kaki

Biru..Oren

By Norza

Mereka didedah supya boleh menerima arahan dan tindakan dengan pantas...SISPA UTHM

More...
MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

Tagline

By Norza

Satu arahan...Satu Tindakan...SISPA UTHM

More...
Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Tagline

By Norza

Ditubuhkan pada tahun 2010. Pencapaian Pertandingan Kemahiran:Tempat ke 4(2010), Tempat ke 2 (2011), Johan (2012 & 2013), Naib Johan (2014,…

More...
SISPA UTHM

SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
2015

2015

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 2015

By Norza

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 

More...
Siapsiaga SISPA UTHM

Siapsiaga SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
EdisiPaya2014

EdisiPaya2014

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

By Norza

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

More...
Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Tagline

By Norza

Di UTHM

More...
Konvo ke 16 UTHM

Konvo ke 16 UTHM

Tagline

By Norza

Tahun ke 4, Pangkat Lt.M(PA) dimasukkan dalam Buku Konvo ke 16, Nama semasa naik pentas & skrin dinyatakan pangkat.

More...
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.

Visitors Counter

197750
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
78
160
564
196048
4768
7740
197750

Panduan Kemahiran Insaniah


Terdapat 7 kemahiran insaniah yang perlu diterapkan dalam diri mahasiswa iaitu:

1. Kemahiran berkomunikasi

2. Kemahiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah

3. Kemahiran kerja berpasukan

4. Kemahiran keusahawanan

5. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

6. Etika dan moral profesional

7. Kemahiran kepimpinan

1. Kemahiran Berkomunikasi

Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen iaitu: * Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan * Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis * Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas * Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar * Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan * Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan * Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan * Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan * Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan

2. Kemahiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan. * Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi. * Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan. * Kebolehan mencari idea dan menari penyelesaian alternatif . * Kebolehan berfikir melangkaui batas. * Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh. * Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan. * Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru.

3. Kemahiran Kerja Berpasukan

Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. * Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. * Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan. * Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain. * Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan. * Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.

4. Kemahiran Keusahawanan

Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan. * Kebolehan mengenalpasti peluang perniagaan * Kebolehan merangka perancangan perniagaan. * Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan. * Kebolehan untuk bekerja sendiri.

5. Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat

Pembelajaran berterusan melibatkan usaha mahasiswa berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru. * Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber. * Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi. * Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.

6. Etika Dan Moral Profesional

Etika dan moral profesional melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial.
* Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional. * Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika. * Kebolehan mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

7. Kemahiran Kepimpinan

Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti. * Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan. * Kebolehan untuk memimpin projek. * Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan. * Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan.

Pautan UTHM

U T H M