SISPA UTHM

Kemahiran yang diperolehi

Kemahiran yang diperolehi

Kesiapsiagaan Awam

By Norza

Pengetahuan Asas Pertahanan Awam, Asas Pertolongan Cemas, Asas Melawan Kebakaran, Asas Menyelamat, Kenegaraan, Etika/Moral, Arahan Keselamatan.......SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM....UTHM....

More...
VISI SISPA UTHM

VISI SISPA UTHM

…Gelombang Biru.....

By Norza

Menerajui badan kesukarelawanan dalam pengurusan bencana

More...
SEJARAH APM

SEJARAH APM

Uncategorised

Tagline

By Norza

Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah…

More...
SISPA UTHM 2010- KINI

SISPA UTHM 2010- KINI

Tagline

By Norza

Satu arahan, Satu Tindakan.....SISPA UTHM

More...
Berdisplin melalui Kawad Kaki

Berdisplin melalui Kawad Kaki

Biru..Oren

By Norza

Mereka didedah supya boleh menerima arahan dan tindakan dengan pantas...SISPA UTHM

More...
MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

Tagline

By Norza

Satu arahan...Satu Tindakan...SISPA UTHM

More...
Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Tagline

By Norza

Ditubuhkan pada tahun 2010. Pencapaian Pertandingan Kemahiran:Tempat ke 4(2010), Tempat ke 2 (2011), Johan (2012 & 2013), Naib Johan (2014,…

More...
SISPA UTHM

SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
2015

2015

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 2015

By Norza

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 

More...
Siapsiaga SISPA UTHM

Siapsiaga SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
EdisiPaya2014

EdisiPaya2014

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

By Norza

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

More...
Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Tagline

By Norza

Di UTHM

More...
Konvo ke 16 UTHM

Konvo ke 16 UTHM

Tagline

By Norza

Tahun ke 4, Pangkat Lt.M(PA) dimasukkan dalam Buku Konvo ke 16, Nama semasa naik pentas & skrin dinyatakan pangkat.

More...
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.

Visitors Counter

197789
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
117
160
603
196048
4807
7740
197789

292 AHLI Sispa UTHM MERIAHKAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT & AMANAT KOMANDAN SISPA UTHM BAGI SEM 1 2016/2017

22 Sept 2016, Batu Pahat – Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat Siswa Siswi Pertahanan Awam yang berlangsung pada 22 September lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM. Majlis yang melibatkan seramai 292 warga SISPA UTHM ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia PPj Kehormat (PA) Prof Dr. Wahid Bin Razzaly, selaku Komandan SISPA UTHM.

Beliau dalam ucapan telah melahirkan sebuah harapan iaitu agar semua ahli SISPA berjuang ke arah kejuaraan dan perkemaskan lagi  jatidiri dalam menaikkan nama SISPA UTHM. Sispa UTHM mendapat tempat ketiga daripada keseluruhan 14 buah IPT yang bertanding dalam cabaran kemahiran Kawad Kaki dan simulasi CD Skill yang diadakan sempena Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor SISPA kali ke 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kampus Sultan Azlan Shah, Perak pada 20 Ogos lalu. Berdasarkan pencapaian yang lepas Sispa UTHM yang berada berada dalam tangga 3 terbaik keseluruhan dan ianya digeruni, disegani oleh Kor Sispa IPT.

“Harapan saya hanya satu, berjuang ke arah kejuaraan dan perkemaskan lagi jatidiri anda semua dalam menaikkan nama Sispa UTHM sebagai salah satu badan beruniform yang terbaik antara yang terbaik,”katanya.

Jelas beliau dalam ucapan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau dengan singkatan APM atau MCDF (dahulu JPAM dan JPA3) adalah agensi perkhidmatan pertahanan awam di Malaysia, APM diwartakan pada 25 Ogos 2016 dan kuatkuasa nama APM pada 1 September 2016 kini diletakkan dibawah  Jabatan Perdana Menteri, antara agensi bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN@NADMA). Keputusan Kabinet menetapkan Bulan Oktober juga dipilih sebagai Bulan Kesiapsiagaan Nasional dengan tema “Rakyat Siapsiaga, Tanggungjawab Bersama; Fokus APM adalah memberi kesedaran,  mengelola, melengkapi dan melatih bagi maksud pertahanan awam kepada orang awam. Jadi komuniti dapat bertindak awal sebelum pasukan agensi sampai ke lokasi.

“Sesungguhnya hal ini membuktikan bahawa kerajaan percaya akan kebolehan dan tahap komitmen APM sebagai badan professional dalam menguruskan bencana. Oleh itu, kita di peringkat Universiti berasa bangga akan pencapaian ini. Bernaungnya kita dibawah APM akan menyiapsiagakan kita untuk lebih komited dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan demi agama, bangsa dan negara,” tambah beliau.

Pengoperasian Kampus Pagoh UTHM bermula pada Julai 2017 akan menempatkan Fakuti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi), Pusat Pengajian Diploma (PPD) dengan enrolmen pelajar 5,000 pelajar. Sispa UTHM bercadang akan membuat permohonan penubuhan Cawangan Kor Sispa kepada pihak APM dan keperluan anggota kepada APM Negeri bagi keperluan jurulatih yang dijangka enrolmen berdaftar Sispa di Kampus Pagoh seramai 200 orang. Manakala enrolmen di Kampus Utama di Parit Raja seramai 150 orang ketika itu.

Pihak Sispa UTHM juga bercadang akan membuat Letter of Intent (LoI)  dahulu dan kemudian Memorandum of Understanding (MoU) dengan pihak APM dan Jalur Selatan Radia Amatur (JASRA) dalam bidang perlaksanaan aktiviti/latihan Sispa di UTHM.

Majlis turut menyaksikan upacara pemakaian pangkat Pegawai Kadet Sispa, yang diketuai oleh Majlis Perwakilan Sispa (MPS), Pegawai kadet Sispa Rujukan Tinggi Muhammad Nadhir Faizal Bin Mohmad Rapi. Manakala bacaan ikrar Sispa UTHM diketuai oleh Pegawai Kadet SISPA Senior Muhammad Hamizan Bin Rahim.

Majlis turut menyaksikan Komandan Sispa UTHM di sesi Penyerahan Fail Peribadi sebanyak 49 YO yang telah hadir di Majlis Pentauliahan & Perhimpunan Kor Sispa kali ke 7 tahun 2016 di UPSI baru-baru ini kepada wakil Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Batu Pahat, Staf Muda (PA) Azharulazmi bin Abd Aziz dengan disaksikan dihadapan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor (PPANJ).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Y.S. Kol. (PA) Mat Zin Bin Bujang , PPANJ, Y.BRS. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dato’ Hj. Abd Lah @Abdullah Bin Hj Awang, Presiden Jalur Selatan Radia Amatur (JASRA) juga Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor, wakil PPAD Batu Pahat, wakil PPAD Muar selaku tetamu jemputan, Pegawai-pegawai Bersekutu, Ketua Jurulatih, Jurulatih-jurulatih dan anggota-anggota Sispa UTHM.

Pautan UTHM

U T H M