SISPA UTHM

Kemahiran yang diperolehi

Kemahiran yang diperolehi

Kesiapsiagaan Awam

By Norza

Pengetahuan Asas Pertahanan Awam, Asas Pertolongan Cemas, Asas Melawan Kebakaran, Asas Menyelamat, Kenegaraan, Etika/Moral, Arahan Keselamatan.......SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM....UTHM....

More...
VISI SISPA UTHM

VISI SISPA UTHM

…Gelombang Biru.....

By Norza

Menerajui badan kesukarelawanan dalam pengurusan bencana

More...
SEJARAH APM

SEJARAH APM

Uncategorised

Tagline

By Norza

Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah…

More...
SISPA UTHM 2010- KINI

SISPA UTHM 2010- KINI

Tagline

By Norza

Satu arahan, Satu Tindakan.....SISPA UTHM

More...
Berdisplin melalui Kawad Kaki

Berdisplin melalui Kawad Kaki

Biru..Oren

By Norza

Mereka didedah supya boleh menerima arahan dan tindakan dengan pantas...SISPA UTHM

More...
MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

Tagline

By Norza

Satu arahan...Satu Tindakan...SISPA UTHM

More...
Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Tagline

By Norza

Ditubuhkan pada tahun 2010. Pencapaian Pertandingan Kemahiran:Tempat ke 4(2010), Tempat ke 2 (2011), Johan (2012 & 2013), Naib Johan (2014,…

More...
SISPA UTHM

SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
2015

2015

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 2015

By Norza

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 

More...
Siapsiaga SISPA UTHM

Siapsiaga SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
EdisiPaya2014

EdisiPaya2014

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

By Norza

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

More...
Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Tagline

By Norza

Di UTHM

More...
Konvo ke 16 UTHM

Konvo ke 16 UTHM

Tagline

By Norza

Tahun ke 4, Pangkat Lt.M(PA) dimasukkan dalam Buku Konvo ke 16, Nama semasa naik pentas & skrin dinyatakan pangkat.

More...
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.

Visitors Counter

218559
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
133
228
708
216446
4422
6000
218559

Pentauliahan Kor Sispa 2016

Kor SISPA UTHM Ketiga keseluruhan Kemahiran di Majlis Pentaulihan & Perhimpunan Kor SISPA IPTA 2016

Kor Sispa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mendapat tempat ketiga daripada keseluruhan 14 buah IPT yang bertanding dalam cabaran kemahiran Kawad Kaki dan simulasi CD Skill yang diadakan sempena Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor SISPA kali ke 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kampus Sultan Azlan Shah, Perak pada 20 Ogos lalu. Program ini telah bermula pada 17 hingga majlis kemuncak pada 21 Ogos 2016. Kor Sispa UMT menjadi Johan Keseluruhan Kemahiran dan merupakan kali ke empat daripada 7 penganjuran sehingga kini. Manakala Kor Sispa USIM merangkul tempat kedua keseluruhan. Ketua Platun terbaik dimenangi oleh Kor Sispa UPSI.

Pentauliahan yang bermula pada 17 hingga 21 Ogos lalu ini melibatkan seramai  895 kadet Kor Sispa dari 12 buah universiti awam dan enam institusi pengajian tinggi swasta. Majlis ini disempurnakan oleh Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Sispa sempena Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) ini pada 21 Ogos lalu.  Beliau dalam sidang media turut mengumumkan bahawa pada 1 September akan datang JPAM akan diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan‎ Awam Malaysia atau nama pendeknya APM.

Dalam acara yang sama, 16 Kontinjen terlibat dalam Perbarisan Berjalan Lalu Perlahan dan Perbarisan Berjalan Lalu Cepat di hadapan Pentas.  

Turut diadakan upacara penyampaian hadiah Pegawai Kadet Sispa Terbaik, Mohamad Saifullah Bin Tk Hassan dari Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, UTHM bersama lapan IPT yang memenuhi syarat. Beliau  yang berasal dari Shah Alam mempunyai lima orang adik beradik dan kini merupakan penuntut di Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional UTHM dan bercita cita untuk menjadi seorang jurutera elektrik suatu hari nanti. Manakala Pegawai Kadet Sispa Terbaik Keseluruhan diumumkan Mohamad Firdaus Bin Zakaria dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Simbolik Penyerahan Bendera Perhimpunan daripada yang Berbahagia Komandan Kor Sispa Universiti Pendidikan Sultan Idris kepada Kapten Bersekutu Pertahanan Awam Roslee Bin Mardan mewakili Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan  Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia  dimana Universiti Utara Malaysia selaku tuan rumah bagi Majlis Pentauliahan Dan Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2017.

Sementara itu YAS KPj. (PA) Datuk Haji Ogu Salim Bin Omar, Ketua Pengarah JPAM Malaysia di Majlis Pentauliahan dan Penyampaian Watikah  di Dewan Besar UPSI pula berharap agar Pegawai Muda yang ditauliahkan  dapat melibatkan diri dalam aktiviti untuk kesinambungan daripada pentauliahan agar terus bersama dalam memperkasakan APM berdasarkan ilmu yang telah diperolehi supaya dapat  memberikan perkhidmatan kepada orang awam 

Kontinjen Kor Sispa UTHM diketuai oleh Mej. Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi Bin Abdullah melibatkan 49 pegawai kadet SISPA yang ditauliah dengan gelaran Leftenan Muda pertahanan Awam. Manakala keseluruhan peserta kemahiran Kawad kaki seramai 31 peserta dan Simulasi CD Skill seramai 9 orang.

PPj. Kehormat (PA) Prof. Dr. Wahid Razzaly, Komandan kor Sispa UTHM turut hadir memeriahkan majlis pentauliahan. Hadir sama ke majlis perasmian kali ini adalah Profesor Dato' Dr. Zakaria Kasa,Naib Canselor UPSI; PPj. Kehormat (PA) Profesor Dato' Dr. Noraini Idris, Komandan Kor Sispa UPSI; Komandan-Komandan Kor Sispa, pegawai-pegawai kanan JPAM serta pegawai-pegawai kanan universiti.

Persediaan dan usaha keras selama empat hari yang diberikan oleh kontijen sebelum pertandingan ini banyak membantu dalam membentuk dan memantapkan penyertaan Kor Sispa UTHM pada tahun ini. Sokongan dan bantuan yang berterusan daripada Pegawai Bersekutu, Pegawai Penyelaras, Pegawai Muda, Jurulatih, Pejabat Negeri Pertahanan Awam Johor dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Batu Pahat juga telah menambahkan lagi semangat pasukan untuk terus mengekalkan kecemerlangan.

Tahap disiplin yang tinggi yang ditunjukkan oleh para peserta dan semangat kesukarelawan yang padu dalam menghadapi cabaran kemahiran seramai 40 peserta meletakkan Sispa UTHM antara pasukan yang terunggul dalam pertandingan kali ini. 

 

Tahniah dan syabas buat Kor Sispa UTHM.

 

Link: Info terini Majlis Pentauliahan & Perhimpunan Kor Sispa ke 7 Tahun 2016

kemaskini:23 Ogos 2016

 

 

Pautan UTHM

U T H M