SISPA UTHM

Kemahiran yang diperolehi

Kemahiran yang diperolehi

Kesiapsiagaan Awam

By Norza

Pengetahuan Asas Pertahanan Awam, Asas Pertolongan Cemas, Asas Melawan Kebakaran, Asas Menyelamat, Kenegaraan, Etika/Moral, Arahan Keselamatan.......SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM....UTHM....

More...
VISI SISPA UTHM

VISI SISPA UTHM

…Gelombang Biru.....

By Norza

Menerajui badan kesukarelawanan dalam pengurusan bencana

More...
SEJARAH APM

SEJARAH APM

Uncategorised

Tagline

By Norza

Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah…

More...
SISPA UTHM 2010- KINI

SISPA UTHM 2010- KINI

Tagline

By Norza

Satu arahan, Satu Tindakan.....SISPA UTHM

More...
Berdisplin melalui Kawad Kaki

Berdisplin melalui Kawad Kaki

Biru..Oren

By Norza

Mereka didedah supya boleh menerima arahan dan tindakan dengan pantas...SISPA UTHM

More...
MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

Tagline

By Norza

Satu arahan...Satu Tindakan...SISPA UTHM

More...
Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Tagline

By Norza

Ditubuhkan pada tahun 2010. Pencapaian Pertandingan Kemahiran:Tempat ke 4(2010), Tempat ke 2 (2011), Johan (2012 & 2013), Naib Johan (2014,…

More...
SISPA UTHM

SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
2015

2015

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 2015

By Norza

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 

More...
Siapsiaga SISPA UTHM

Siapsiaga SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
EdisiPaya2014

EdisiPaya2014

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

By Norza

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

More...
Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Tagline

By Norza

Di UTHM

More...
Konvo ke 16 UTHM

Konvo ke 16 UTHM

Tagline

By Norza

Tahun ke 4, Pangkat Lt.M(PA) dimasukkan dalam Buku Konvo ke 16, Nama semasa naik pentas & skrin dinyatakan pangkat.

More...
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.

Visitors Counter

197850
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
178
160
664
196048
4868
7740
197850

Perhimpunan Kor SISPA 2012

KOR SISPA UTHM JUARA KESELURUHAN PERHIMPUNAN KOR SISPA IPT PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE – 3 2012 DI UMT

 

Seramai 80 orang Pegawai Kadet termasuk 8 orang Pegawai Bersekutu, Penyelaras dan Jurulatih Kor SISPA UTHM telah menyertai Perhimpunan Kor SISPA IPT Peringkat Kebangsaan Kali ke – 3 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari 14 – 18 Julai 2012. Perhimpunan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menguji dan mengukur tahap kemahiran yang diperolehi mahasiswa sepanjang mengikuti latihan Kor SISPA di IPT masing-masing.

 

Kor SISPA UTHM telah menyertai kesemua pertandingan yang diadakan iaitu Kawad Kaki, Menyelamat Tempat Tinggi, Melawan Kebakaran, Perawatan Awal, Menyelamat di Air, Membaca Peta dan juga Kayak. Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Ishak bin Baba selaku Timbalan Komandan Kor SISPA UTHM dilantik sebagai Ketua Kontinjen manakala Kapten Bersekutu (PA) Ahmad Khirul Nizam Ali, Pegawai Latihan dan Operasi Kor SISPA UTHM sebagai Timbalan Ketua Kontinjen untuk perhimpunan pada kali ini.

 

Dengan usaha gigih dan semangat juang yang tinggi, pada tahun ini Kor SISPA UTHM telah berjaya menjadi JUARA keseluruhan mengatasi 19 buah IPT yang lain. Satu pencapaian yang amat dibanggakan kerana pada perhimpunan kali pertama di UiTM, Shah Alam Kor SISPA UTHM mendapat tempat ke-4 manakala pada tahun lepas di USIM mendapat tempat yang Ke-2 di dalam perhimpunan yang sama.

 

Bagi memastikan persiapan kontinjen pada tahun ini benar – benar mantap latihan telah mula dijalankan pada penghujung bulan Jun sehingga 12 Julai 2012 dengan satu latihan pusat bersama UTM dan UniKL-MITEC telah diadakan di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) di Kluang, Johor. Kejayaan ini tidak akan datang jika tidak dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada Pej. Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kokurikulum, Pusat Sukan, Unit Pengangkutan, Pej. Bendahari, Pej JPAM Daerah Batu Pahat, Pej JPAM Negeri Johor dan semua warga UTHM samada secara langsung dan tidak langsung.

 

Diharapkan pada masa yang akan datang Kor SISPA UTHM akan dapat mengekalkan prestasi yang ada, terus maju dalam melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan seterusnya menaikkan nama UTHM sebagai universiti yang terhebat di Malaysia.

 

Berikut adalah keputusan pertandingan :-

NO

PERTANDINGAN

KEPUTUSAN

1

Kawad Kaki

Johan

2

Melawan Kebakaran

Johan

3

Menyelamat Tempat Tinggi

Naib Johan

4

Perawatan Awal

-

5

Kayak

Johan

6

Kemahiran Membaca Peta

Ketiga

7

Kemahiran Menyelamat di Air

Keempat

 

Pautan UTHM

U T H M