SISPA UTHM

Kemahiran yang diperolehi

Kemahiran yang diperolehi

Kesiapsiagaan Awam

By Norza

Pengetahuan Asas Pertahanan Awam, Asas Pertolongan Cemas, Asas Melawan Kebakaran, Asas Menyelamat, Kenegaraan, Etika/Moral, Arahan Keselamatan.......SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM....UTHM....

More...
VISI SISPA UTHM

VISI SISPA UTHM

…Gelombang Biru.....

By Norza

Menerajui badan kesukarelawanan dalam pengurusan bencana

More...
SEJARAH APM

SEJARAH APM

Uncategorised

Tagline

By Norza

Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah…

More...
SISPA UTHM 2010- KINI

SISPA UTHM 2010- KINI

Tagline

By Norza

Satu arahan, Satu Tindakan.....SISPA UTHM

More...
Berdisplin melalui Kawad Kaki

Berdisplin melalui Kawad Kaki

Biru..Oren

By Norza

Mereka didedah supya boleh menerima arahan dan tindakan dengan pantas...SISPA UTHM

More...
MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

Tagline

By Norza

Satu arahan...Satu Tindakan...SISPA UTHM

More...
Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Tagline

By Norza

Ditubuhkan pada tahun 2010. Pencapaian Pertandingan Kemahiran:Tempat ke 4(2010), Tempat ke 2 (2011), Johan (2012 & 2013), Naib Johan (2014,…

More...
SISPA UTHM

SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
2015

2015

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 2015

By Norza

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 

More...
Siapsiaga SISPA UTHM

Siapsiaga SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
EdisiPaya2014

EdisiPaya2014

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

By Norza

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

More...
Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Tagline

By Norza

Di UTHM

More...
Konvo ke 16 UTHM

Konvo ke 16 UTHM

Tagline

By Norza

Tahun ke 4, Pangkat Lt.M(PA) dimasukkan dalam Buku Konvo ke 16, Nama semasa naik pentas & skrin dinyatakan pangkat.

More...
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.

Visitors Counter

206029
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
79
224
634
204398
3053
4350
206029

Pentauliahan Kor Sispa 2011

Portal Perhimpunan Kor SISPA 2011 Di USIM

 

KOR SISPA UTHM CEMERLANG DI PERTANDINGAN KEMAHIRAN PADA PERHIMPUNAN & MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA) IPTA/S KALI KE-2 TAHUN 2011.

 USIM, Nilai Negeri Sembilan. Pada 9 hingga 12 November 2011 yang lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah menganjurkan Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2011 yang diadakan bertempat di USIM, Nilai Negeri Sembilan. Perhimpunan ini telah melibatkan penyertaan dari 16 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S). Jumlah keseluruhan penyertaan iaitu 1172 peserta, bersama 400 orang terdiri daripada urusetia dan pegawai. Kontijen Kor SISPA UTHM bertandang di USIM berkekuatan seramai 68 pelajar, bersama 22 pegawai pengiring terdiri daripada berapa Pegawai Bersekutu, jurulatih dan penyelaras. Kontijen Kor SISPA UTHM di ketuai oleh  Lt. Kol Bersekutu (PA) Dr. Md Nor Ramdon Bin Baharom dan dibantu oleh Kapt. Bersekutu (PA) Zuhra Binti Zainuddin.

 Perhimpunan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil dan menguji kemahiran setiap pelajar yang mengikuti program Kokurikulum Pertahanan Awam di setiap IPTA/S. Selain itu, ia juga diadakan bagi membentuk semangat integrasi dan perpaduan di antara semua pelatih Kor SISPA. Justeru, sepanjang program berlangsung, terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan bagi mencapai objektif penganjuran program ini.

 Program ini bermula dengan sesi pendaftaran kontinjen pada 9 November 2011 di Kolej Nilam Court selaku tempat penginapan rasmi program. Pada sebelah malamnya telah diadakan taklimat kepada para Ketua Kontinjen dan jurulatih bagi memastikan setiap kontinjen mendapat gambaran menyeluruh serta maklumat lengkap mengenai program yang dijalankan. Di dalam majlis itu juga diadakan proses cabutan undi giliran bagi setiap universiti yang bertanding.

 Keesokkan harinya pada sebelah pagi 10 November 2011, bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM, telah diadakan Majlis Perasmian Pembukaan Perhimpunan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Y.S Kol Kehormat Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM.  Majlis turut dihadiri oleh dan Y.S PPj (PA) Hj. Norhafifi Hj Ismail, Pengarah Bahagian Perancangan Dasar & Penyelarasan JPAM selaku wakil Ketua Pengarah JPAM.

 Pertandingan Kemahiran bemula sejurus selesai majlis tersebut dan berlansung di lokasi sekitar luar Stadium Tertutup Nilai. Pertandingan kemahiran yang dijalankan pada hari tersebut adalah kemahiran Melawan Kebakaran, Kawad Kaki, Pertolongan Cemas dan Menyelamat di Tempat Tinggi. Kor SISPA UTHM yang bersemangat tinggi telah dengan jayanya menyertai hampir kesemua acara yang dipertandingkan pada hari tersebut. Kunjungan khas Pengarah JPAM Johor, Y.S Kol. Gazhali Abd. Rahman ke beberapa acara yang disertai Kor SISPA UTHM telah menyemarakkan lagi semangat mereka untuk melakukan usaha yang terbaik.

 Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan Forum Perdana Kesukarelawanan Mahasiswa bertempat di Dewan Kolej Kediaman Nilam Court, USIM yang bertemakan ‘Pertahanan Awam Nadi Kesejahteraan Rakyat’. Forum ini di pegerusikan oleh Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar (USIM) bersama tiga penceramah iaitu Lt. Kol (PA) Mohd Noor Hassan Ashari bin Hj. Sulaiman (JPAM), Kapt. Bersekutu (PA) Dr. Shahrul Nizam Bin Ahmad Zamzali (USIM)  dan En. Mohd Hariri Bin Mohd Daud (JAKIM).

 Pada pagi hari berikutnya, iaitu 11 November 2011, dilakukan aktiviti integrasi yang  melibatkan penyertaan hampir kesemua universiti yang bertandang di USIM. Melalui aktiviti intergrasi tersebut  yang dikenali sebagai ‘Score Race’, pecahan 13 kumpulan terdiri daripada 6 orang peserta telah ditubuhkan, dimana setiap ahlinya merupakan seorang wakil IPTA/S yang berlainan. Aktiviti yang diberikan tempoh selesai selama 5 jam ini dirangka dan dilaksanakan bagi mewujudkan perpaduan kerjasama berpasukan di kalangan peserta melalui perkongsian ilmu dan skil berkenaan dengan kemahiran Pertahan Awam melalui tugasan yang perlu dilaksanakan dengan cepat dan sebaiknya pada beberapa ‘checkpoint’ yang diberikan bagi mengutip mata tertinggi. Skor SISPA UTHM telah menghantar 6 orang pelajar gabungan lelaki dan wanita yang telah siap sedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi untuk menyertai pertandingan lasak ini.

 Juga diadakan pada hari tersebut adalah lanjutan hari ke-2 pertandingan Menyelamat Kemahiran melibatkan beberapa giliran baki beberapa kumpulan lain. Kor SISPA UTHM berada pada giliran terakhir dan berjaya menyempurnakan acara pertandingan dengan cemerlang. Memetik kata-kata Pengarah JPAM Johor, Y.S Kol. Ghazali Abd. Rahman yang bertandang memberikan sokongan padu bagi kumpulan ini, di mana mereka telah menunjukkan usaha dan skil yang tinggi setanding dengan pasukan elit JPAM sendiri.

 Manakala sebelah petang raptai penuh bagi Majlis Perasmian Penutup serta Majlis Pentauliahan Pangkat Dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu, Dan Pegawai Kor SISPA telah diadakan bertujuan bagi melancarkan pergerakan kontinjen serta peserta pentauliahan bagi menghadapi majlis sebenar yang akan diadakan pada 12 November 2011.

 Bagi menghargai dan meraikan semua kontinjen yang telah turut serta di dalam program perhimpunan ini, pada sebelah malam 11 November 2011, Majlis Makan Malam telah diadakan bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Amat Setia  (PA) Dato’ Dr Sulaiman Bin Keling, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan beberapa orang dif-dif jemputan seperti Naib-Naib Canselor Timbalan Naib Canselor Universiti, Pengarah JPAM Negeri dan Pengarah Pusat Latihan JPAM. Majlis makan malam telah berjalan diiringi oleh persembahan dari Band PULAPAT, Nasyid dari USIM.

 Turut diadakan adalah sesi penyampaian hadiah bagi aktiviti integrasi ‘Score Race’ yang telah dilakukan pada sebelah petangnya disamping beberapa cabutan bertuah. Berdasarkan makluman daripada Ketua Kontijen SISPA UTHM, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr Md Nor Ramdon Baharom, pencapaian setiap squad ‘Score Race’ kita adalah amat membanggakan di mana setiap 6 wakil UTHM telah berjaya memimpin setiap kumpulan masing-masing dan dinorbatkan johan, tempat kedua dan ketiga.

 Majlis Perasmian Penutup Perhimpunan, Pentauliahan dan Pelancaran Kor SISPA Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 12 November 2011 dan diserikan oleh Y. Berhormat  Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Y.A.S Pj. (PA) Dato’ Dr Sulaiman Haji Keling. Y.S Kol Kehormat Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM dan Y. Bhg. Datuk  Haji Omar Abdul Rahman, TKSU (Pengurusan) mewakili YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Majlis Perasmian Penutup Perhimpunan, Pentauliahan dan Pelancaran Kor SISPA Peringkat Kebangsaan telah berjalan di dua tempat iaitu bermula di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM dan kemudiannya bersambung di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM bagi Majlis Penyampaian Watikah Pentauliahan Pegawai. Sewaktu di padang kawad, tetamu kehormat dan para hadirin berpeluang melihat persembahan lintas hormat oleh Pegawai Kadet SISPA yang akan ditauliahkan. Selain itu, acara penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan kemahiran dan peserta pentauliahan terbaik bagi setiap IPT turut diadakan.

 Keputusan pertandingan kemahiran menyaksikan pasukan Menyelamat Tempat Tinggi Kor SISPA UTHM meraih johan pertandingan (USIM ke-2 dan UniKL Miat ke-3) dan pasukan Pertolongan Cemas Kor SISPA UTHM di tempat ke-3 (USM johan dan USIM ke-2). Bagi pencapaian keseluruhan, Kor SISPA UTHM berada di tangga ke-2 di belakang Kor SISPA UMT dan tempat ketiga Kor SISPA UiTM. Keputusan pertandingan Kor SISPA yang lain mengikut kategori iaitu Kawad Kaki, UMT (johan), USIM (Ke-2) dan UiTM (ke-3). Bagi pertandingan Melawan Kebakaran, UiTM (johan), USIM (ke-2) dan UMT (ke-3).

 Selesai penyampaian hadiah, tetamu kehormat dan hadirin telah ke sesi sidang media dan minum pagi sebelum bersambung ke majlis di Dewan Kuliah 3, USIM. Komandan SISPA UTHM, Kol. Kehormat (PA) Prof. Dr. Jailani Md Yunos menyimpulkan pencapaian pasukan kita pada kali ini adalah yang terbaik, tahniah kepada barisan pegawai, jurulatih, peserta, sokongan padu daripada Pengarah JPAM Johor yang memberikan kemudahan dalam latihan dan kehadiran beliau dalam program 4 hari yang diadakan di USIM.

 

Majlis Pentauliahan Pangkat Dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu, Dan Pegawai Kor SISPA di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM telah menyaksikan seramai 51 orang Pegawai Kadet SISPA daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT) telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam. Selain itu, bagi pangkat kehormat dan bersekutu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, seramai 40 orang pegawai dari KPT dan Universiti telah menerima watikah perlantikan mereka. Turut menerima watikah pangkat  adalah Naib Canselor UTM, TNC (HEPA) UMS, TNC KUIM, TNC (A&A) UKM, Rektor UiTM Pulau Pinang. Di penghujung majlis, para pegawai dan penerima watikah telah diraikan dengan majlis makan tengahari bersama Y. Berhormat  Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri sebelum pendaftran keluar kontinjen dilakukan pada tengahari 12 November 2011.

 Melalui usaha yang gigih dan semangat kerja berpasukan yang tinggi ditunjukkan oleh para peserta dan pengurusan kontijen Kor SISPA bertandang ke bumi USIM telah membuahkan hasil yang cemerlang sekaligus mengharumkan nama UTHM di serata negeri. Segala pengalaman suka duka yang diperoleh akan diguna dengan sebaiknya bagi memastikan kejayaan yang lebih besar di pertandingan pada tahun hadapan. Tahniah Kor-SISPA UTHM. Professional Dalam Bencana!

kemaskini: 24 Nov 2011

Pautan UTHM

U T H M