SISPA UTHM

Kemahiran yang diperolehi

Kemahiran yang diperolehi

Kesiapsiagaan Awam

By Norza

Pengetahuan Asas Pertahanan Awam, Asas Pertolongan Cemas, Asas Melawan Kebakaran, Asas Menyelamat, Kenegaraan, Etika/Moral, Arahan Keselamatan.......SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM....UTHM....

More...
VISI SISPA UTHM

VISI SISPA UTHM

…Gelombang Biru.....

By Norza

Menerajui badan kesukarelawanan dalam pengurusan bencana

More...
SEJARAH APM

SEJARAH APM

Uncategorised

Tagline

By Norza

Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah…

More...
SISPA UTHM 2010- KINI

SISPA UTHM 2010- KINI

Tagline

By Norza

Satu arahan, Satu Tindakan.....SISPA UTHM

More...
Berdisplin melalui Kawad Kaki

Berdisplin melalui Kawad Kaki

Biru..Oren

By Norza

Mereka didedah supya boleh menerima arahan dan tindakan dengan pantas...SISPA UTHM

More...
MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

Tagline

By Norza

Satu arahan...Satu Tindakan...SISPA UTHM

More...
Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Tagline

By Norza

Ditubuhkan pada tahun 2010. Pencapaian Pertandingan Kemahiran:Tempat ke 4(2010), Tempat ke 2 (2011), Johan (2012 & 2013), Naib Johan (2014,…

More...
SISPA UTHM

SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
2015

2015

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 2015

By Norza

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 

More...
Siapsiaga SISPA UTHM

Siapsiaga SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
EdisiPaya2014

EdisiPaya2014

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

By Norza

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

More...
Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Tagline

By Norza

Di UTHM

More...
Konvo ke 16 UTHM

Konvo ke 16 UTHM

Tagline

By Norza

Tahun ke 4, Pangkat Lt.M(PA) dimasukkan dalam Buku Konvo ke 16, Nama semasa naik pentas & skrin dinyatakan pangkat.

More...
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.

Visitors Counter

197956
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
24
77
770
196048
4974
7740
197956

HUTPA 2012

 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia- Iktiraf SISPA UTHM

 Lebih 2000 warga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia  (JPAM) dan masyarakat hadir dalam program Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Malaysia ke 60 peringkat kebangsaan tahun 2012. di Paloh, Johor pada 24 Mac lalu.

 JPAM sebagai sebuah Jabatan yang memberi perkhidmatan kecemasan kepada orang awam, dasar Jabatan kini adalah tidak lari dari memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, selaras dengan kehendak Kerajaan pada masa ini, dalam ‘Menggerakkan Gelombang Kesukarelaan’, melalui komitmen ketujuh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Gerakan transformasi kementerian ini direalisasikan untuk menjadikan khidmat JPAM benar-benar dirasai oleh rakyat dan menjadi penggerak paling utama dalam sebarang operasi menyelamat, kecemasan, krisis dan bencana bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

 Pengarah Pengurusan Angkatan JPAM, Yang Setia Roslan Bin Wahab menjelaskan bahawa program sambutan tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Yang mana penganjuran Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Malaysia bagi tahun 2012 ini telah dimulakan sejak penghujung bulan Februari yang lalu lagi dengan melibatkan beberapa kawasan di sekitar Parlimen Sembrong ini. Dengan melibatkan semaksimum mungkin warga tempatan dari pelbagai lapisan masyarakat seperti murid pra-sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, golongan belia, kaum-kaum ibu, peniaga-peniaga, warga kerja perindustrian serta masyarakat setempat. Antara program yang telah dijalankan adalah seperti Gotong Royong Perdana, Program e-Kasih, sumbangan beras, latihan keselamatan pertahanan awam yang meliputi perawatan awal kecemasan, CPR, menyelamat usungan, pengosongan bangunan (fire drill), melawan kebakaran kecil di rumah, kaedah menangkap ular, program kesedaran keselamatan, ceramah dan pameran serta pemeriksaan kesihatan percuma.

 Yang Amat Setia  (PA) Dato’ Dr Sulaiman Bin Keling, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dalam ucapannya, “Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Malaysia yang disambut pada hari ini, berpaksikan tarikh keramat 24 Mac, yang disambut setiap tahun sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu, mengangkat martabat warganya yang ampuh dan kompeten dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia. Bahang sambutan ini juga, dapat dikongsi seluruh dunia apabila badan induk Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (International Civil Defence Organization, ICDO) yang juga menyambut Hari Pertahanan Awam Sedunia setiap 1 Mac setiap tahun, selaras resolusi Perhimpunan Agong ke- 9 ICDO pada tahun 1990 di Geneva, Switzerland. Tahun ini, tema sambutan adalah 'Pertahanan Awam Dan Kemalangan Domestik' ataupun ’Civil Defence And Domestic Accidents’. Di JPAM, kami percaya bahawa pendidikan, langkah-langkah pencegahan, meningkatkan kesedaran rakyat, dan mewujudkan persekitaran rumah yang selamat dianggap sebagai cara yang betul untuk mengelakkan risiko-risiko kemalangan domestik daripada berlaku. Apabila kita bercakap berkenaan kemalangan domestik, semua orang akan terlibat, tidak kira usia, tua atau muda, kaya atau miskin, semua itu tiada perbezaan.”

 

Y. Berhormat Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima Watikah Tauliah Perlantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu Pertahanan Awam, penerima Pingat Kebesaran Jabatan dan penerima Sijil Penghargaan yang diberi. Melalui lantikan dan penghargaan ini, hubungan kerjasama yang utuh melalui program smart-partnership antara JPAM dengan Pemimpin Masyarakat, persatuan-persatuan, institusi pendidikan, syarikat korporat dan orang perseorangan telah meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kesiapsiagaan awam dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan mahupun bencana. Melalui gerakan kumpulan inilah, mereka menjadi duta kecil JPAM untuk mendekatkan diri kepada rakyat.

Mej. (PA) Norza Iskandar Helmi bin Abdullah, penerima Sijil Penghargaan Pertahanan Awam mengucapkan terima kasih di atas penerimaan sijil yang diberikan oleh JPAM. Pengiktirafan yang diberikan bukan sahaja kepada individu malah kepada SISPA UTHM yang baru ditubuhkan pada tahun 2010 dan Kor SISPA di IPT.

JPAM hari ini mempunyai hanya 1,148 orang penjawat awam tetap. Bagaimanapun fungsi dan peranannya telah disokong oleh 394,962 orang Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) terlatih di seluruh negara. Pada waktu yang sama, JPAM juga turut melatih 57 pasukan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) mewakili 2,236 orang di kilang-kilang dan syarikat swasta; 44,791 orang Kadet Pertahanan Awam (KAPA) di sekolah rendah; 13,155 orang Pelatih Institusi Latihan Kemahiran Pertahanan Awam (PISPA); 2,180 orang Pegawai Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA); 13,719 mahasiswa di 31 buah IPT dengan ko-kurikulum Pertahanan Awam; dan sejumlah 607,302 orang awam tentang kesedaran dan kemahiran bagi menghadapi kecemasan dan bencana setempat melalui Komponen Kesiapsiagaan Awam, Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).

Disamping itu, penglibatan Kor SISPA pada 24 Mac adalah Kawalan Kehormatan dari Kor SISPA UTHM dan USIM. Manakala persembahan tarian perang daripada Kor SISPA UKM.


Pegawai SISPA UTHM dengan Pengarah JPAM Johor

Penerima Watikah Pangkat dan Sijil bersama Menteri KDN

 

 

Pautan UTHM

U T H M