SISPA UTHM

Kemahiran yang diperolehi

Kemahiran yang diperolehi

Kesiapsiagaan Awam

By Norza

Pengetahuan Asas Pertahanan Awam, Asas Pertolongan Cemas, Asas Melawan Kebakaran, Asas Menyelamat, Kenegaraan, Etika/Moral, Arahan Keselamatan.......SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM....UTHM....

More...
VISI SISPA UTHM

VISI SISPA UTHM

…Gelombang Biru.....

By Norza

Menerajui badan kesukarelawanan dalam pengurusan bencana

More...
SEJARAH APM

SEJARAH APM

Uncategorised

Tagline

By Norza

Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah…

More...
SISPA UTHM 2010- KINI

SISPA UTHM 2010- KINI

Tagline

By Norza

Satu arahan, Satu Tindakan.....SISPA UTHM

More...
Berdisplin melalui Kawad Kaki

Berdisplin melalui Kawad Kaki

Biru..Oren

By Norza

Mereka didedah supya boleh menerima arahan dan tindakan dengan pantas...SISPA UTHM

More...
MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

MENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAWANAN DI IPT

Tagline

By Norza

Satu arahan...Satu Tindakan...SISPA UTHM

More...
Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Motto SISPA UTHM :Profesional Dalam Bencana

Tagline

By Norza

Ditubuhkan pada tahun 2010. Pencapaian Pertandingan Kemahiran:Tempat ke 4(2010), Tempat ke 2 (2011), Johan (2012 & 2013), Naib Johan (2014,…

More...
SISPA UTHM

SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
2015

2015

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 2015

By Norza

Mess Night Rejimental PALAPES,SUKSIS,SISPA,RELASIS UTHM 

More...
Siapsiaga SISPA UTHM

Siapsiaga SISPA UTHM

Tagline

By Norza

More...
EdisiPaya2014

EdisiPaya2014

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

By Norza

LATIHAN SURVIVAL IKTIHAR HIDUP (EDISI PAYA 2014)

More...
Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Johan Keseluruhan Kemahiran 2013

Tagline

By Norza

Di UTHM

More...
Konvo ke 16 UTHM

Konvo ke 16 UTHM

Tagline

By Norza

Tahun ke 4, Pangkat Lt.M(PA) dimasukkan dalam Buku Konvo ke 16, Nama semasa naik pentas & skrin dinyatakan pangkat.

More...
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.

Visitors Counter

197741
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
69
160
555
196048
4759
7740
197741

Laman Web SISPA UTHM

Kor SISPA UTHM Mendominasi Pembentangan Oral dan Poster di Majlis Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali Ke 5 Tahun 2016 di UMP

Kor Sispa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mendominasi 3 Anugerah terbaik daripada bagi semua kategori pertandingan sempena Majlis Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali Ke 5 Tahun 2016 di Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang pada 27 November  lalu. Program ini telah bermula pada 25 hingga majlis kemuncak pada 27 November  2016 yang melibatkan seramai  244 kadet Kor Sispa dan peserta Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari 8 buah universiti awam dan 2 institusi pengajian tinggi swasta.

Majlis ini disempurnakan oleh YAS Pesuruhjaya (PA) Datuk Haji Selamat bin Haji Dahalan,  Pemangku Ketua Pesuruhjaya, APM di Majlis Penutupan Rasmi Seminar Kebangsaan Kor Sispa IPT Kali ke 5, 2016 pada 27 Novemver  2016 Di Dewan ASTAKA, UMP Gambang.  Dalam Ucapan beliau, seminar pada kali ini turut menyentuh isu-isu dalam aspek keselamatan negara. Perkongsian pengalaman oleh pihak agensi luar dan industry, telah memberi suatu dimensi baharu dalam bidang pengurusan bencana. Pembentangan kertas kerja berkaitan Nutrisi dan Pemakanan turut menjadi isu tatkala negara berhadapan dengan bencana sebelum ini. Sambungnya lagi, kepakaran pensyarah Universiti harus dilihat sebagai suatu pendekatan inovatif dan kreatif dalam menangani isu-isu pengurusan bencana negara. Kerjasama strategik antara pihak Kerajaan dan pakar akademik dari Universiti perlu dikukuhkan lagi demi memastikan kelangsungan pertahanan awam negara. Menjadi harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa masa akan datang dalam suasana yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memartabatkan peranan pertahanan awam negara. Beliau dalam sidang media turut mengumumkan bahawa pada 1 September 2016 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama pendeknya APM sebelum ini dikenali sebagi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam.

 

Hadir sama ke majlis perasmian  Penutup kali ini adalah Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor UMP; PPj Kehormat (PA) Prof. Dr. Mashitah Binti Mohd. Yusoff ,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) merangkap Komandan Kor Sispa UMP, Komandan-Komandan Kor Sispa, pegawai-pegawai kanan APM, Pegawai-pegawai kanan KPT serta pegawai-pegawai kanan university dan Pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT.

Berikut adalah keputusan pertandingan Oral dan poster:-

 Pembentangan Oral : Kategori Pegawai

Tajuk dan Pembentang

Anugerah

Agensi/IPT

Geographic Information System (GIS) for Disaster Management

Lt.kol (PA) Noor Azam Bin Johari

Pertama

APM

Keberkesanan Author e-learning ke arah pelaksanaan Online
Mej. Bersekutu (PA) Dr, Fadillah binti Ismail

Kedua

Kor Sispa UTHM

Kepentingan Penubuhan Tunas Pertahanan Awam (TUSPA) dari sudut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Lt. Kol (PA) Cuthber John Quadra  &

Lt. M (PA) Mohd Syamim Azri Bin Mustapa

Ketiga

APM

Pembentangan Oral : Kategori Pelajar

Tajuk dan Pembentang

Anugerah

Agensi/IPT

Pengisian aktiviti Latihan luar model Sispa UTHM

PKS Senior Muhammad Haziq Taqiuddin bin Rezuwan

Pertama

Kor Sispa UTHM

“Kesukarelawanan”

LTM (PA) Muhamad Adib B. A. Raof

Kedua

Kor Sispa UNIMAP

Sispa UTHM : Cabaran Dan Peluang

PKS Senior Nooraina Nabiha binti Rusli

Ketiga

Kor Sispa UTHM

Pembentangan Poster :

Tajuk dan Pembentang

Anugerah

Agensi/IPT

Laman Web Sispa Uthm : Model Pencetus Informasi Sispa Ipt

Kapt. Bersekutu (PA) Mohd Zairil Bin Zainal

Pertama

Kor Sispa UTHM

Misi Bantuan Bencana Sispa Uthm Ke Kelantan: Satu Perkongsian Pengalaman

Lt. Muda (PA) Muhammad Izzamir Firdaus Bin Idris,

Kedua

Kor Sispa UTHM

Kebolehpasaran Pegawai Muda Sispa Dalam Industri Di Malaysia

Lt. Muda (PA) Muhammad Hisham Bin Ibrahim

Ketiga

Kor Sispa UniKL

Kontinjen Kor Sispa UTHM diketuai oleh Lt. Kol Bersekutu (PA) Prof. Madya Sr. Dr Wan Zahari Wan Yusoff dan Timbalannya  Mej. Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi Bin Abdullah dengan kehadiran 18 pegawai kadet SISPA dan 4 Pegawai dengan bilangan penyertaan paling banyak dalam kalangan IPT iaitu pembentangan Oral  6 dan Poster 4.

Kehadiran Komandan Kor Sispa, PPj. Kehormat (PA) Prof. Dr. Wahid Razzaly dalam kesibukan dan jadual yang padat menjalankan Tugas Naib Canselor, ternyata berjaya menyuntik semangat kepada kontinjen Kor Sispa UTHM bagi menjaya dan memeriahkan Seminar kor Sispa peringkat kebangsaan kali ini.

Kor Sispa UTHM turut mengungguli pertandingan bowling apabila berjaya menduduki tempat kedua secara keseluruhan dalam pertandingan yang diadakan pada hari sebelumnya. Johan dimenangi oleh Kor Sispa UMP dan tempat ketiga oleh Kor Sispa UniKL. Pada waktu malam  sesi taklimat Akta Pertahanan Awam diberikan oleh Lt. Kol. (PA) Sharudin bin Md Zain Bahagian Perancangan Dasar Dan Penyelarasan IPPA.

Bimbingan, coaching serta simulasi pembentangan bagi persediaan penyertaan kali ini serta kerjasama semua pihak menjadikan kor Sispa UTHM disegani dalam kalangan Kor Sispa IPT. Kor Sispa UTHM juga sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam setiap kali seminar kor sispa peringkat kebangsaan diadakan sejak tahun 2012.    

Tahniah dan syabas buat Kor Sispa UTHM.

 

 

Pautan UTHM

U T H M